Salam
Saudara....
Saya
baru terjumpa blog saudara dalam pencarian blog penulisan militer yang aktif
dari Indonesia. Saya kagum dengan perkembangan industri militer Indonesia
terutamanya produk hasilan dari dalam negara Indonesia. Begitu juga dengan
semangat nasionalisma rakyat Indonesia yang sangat kuat dan sentiasa berada
dibelakang pihak pemerintah dalam urusan penambahbaikan atau modenisasi
angkatan TNI.
Tetapi
ada beberapa perkara yang sedikit dikesalkan berkenaan penulisan saudara. Dari
senarai entri yang mendapat komentar hangat, kebanyakannya adalah berkenaan
Malaysia. Apa yang saya dapati adalah saudara sering menyebut sikap
arogansi(arrogant) pihak Malaysia dalam isu yang berkaitan kekuatan tentera.
Saya
ingin bertanya saudara, bisakah saudara perjelaskan sikap arogasi itu
berdasarkan apa? Penulisan blog? Komentator? Pencerobohan ruang udara/laut? Atau
mana-mana sumber yang jelas menyatakan Malaysia umumnya mendabik dada dan
memandang rendah kekuatan TNI.
Saudara,
di Malaysia amat sedikit blog atau laman forum yang membicarakan soal militer. Setakat
ini saya masih ragu dimana benarnya tuduhan saudara berkenaan arogansi negara
kami yang kecil ini. Tidak mustahil ada sedikit yang bersifat keanak-anakan, tapi
itu biasa.
Berbeda
sekali dengan Indonesia dan komentar yang diberi sekiranya penulisan itu
terkait isu Malaysia. Lihat saja penulisan saudara dalam entri Mengukur Nyali
Malaysia. Kata saudara, isu penangkapan petugas KKP Indonesia dimegaphonekan
media Malaysia. Beberapa lagi ayat saudara menyatakan Malaysia aggresif dan
sentiasa mau tunjuk jago. Saya hairan sekali dengan kenyataan saudara. Pendekatan
Malaysia berkenaan isu hubungan sesama tetangga amat pasif. Tindakan agresif
berada ditempat terakhir sekali.
Sebagai
contoh isu Lahad Datu. Malaysia sanggup berunding dengan tempoh masa panjang
untuk mengelakkan pertumpahan darah walaupun pihak penceroboh bukanlah sebuah
negara yang berdaulat dan memerlukan pematuhan garis panduan Geneva. lagi soal
lanun Somalia di Teluk Aden. Bisa saja dibunuh sama PASKAL. Tapi semuanya
ditangkap hidup dan dibicarakan di Mahkamah.
Kerna
apa? Mereka juga orang ISLAM. Malang sekali peluang yang diberi kepada Sulu
tidak dimanfaatkan untuk kesejahteraan bersama.
Mereka memilih untuk mati atas desakan dan dorongan dari 'tangan ghaib'.
Benar,memang ada kelemahan dari segi risikan. Tapi saudara harus tahu,di Sabah
sangat banyak warga Filipin yang keluar masuk dengan dua kerakyatan.
Berkenaan
pembelian aset, setiap negara bisa saja membeli apa saja yang mampu dibayar. Jadi
apa masalahnya? Kenapa harus sering saja menulis Malaysia ini arogan,melecehkan
tetangga dan sebagainya. Barangkali saudara suka melihat penulisan saudara
dikomentar begitu banyak oleh warga RI yang hatinya terbakar gara-gara
penulisan saudara?
Di
peringkat rakyat RI, segalanya panas jika melibatkan tentera. Harus saudara
tahu, hubungan ATM dan TNI sangat baik dan bertuah sekali kedua-dua pemerintah
tidak mudah melompat dengan isu-isu remeh.
Mahu mengakui atau tidak, kita serumpun. Seperti kata Saudara juga, negara
serumpun tapi sering 'panas'. Di tulisan lain, saudara katakan tidak serumpun
sama sekali.
Ingat
saudara, negara kita sama-sama ISLAM. Banyak sekali pihak yang mahu kita
perang, biar sama-sama lumpuh. Tapi mahukah begitu hanya kerana soal
nasionalisma? Adakah bakal dinilai soal nasionalisma itu di hari kiamat nanti?
Saudara,
saya juga berasal dari Indonesia iaitu Kalimantan. Separuh diri saya adalah
Indonesia. Begitu juga dengan ramai lagi warga Malaysia yang berasal dari
Indonesia. Tetapi kami tidak mudah diprovokasi soal remeh kekuatan tentara
jiran. Mau beli apa? Ya udah, beli aja. Sama sekali tidak ganggu urusan harian
kami.
Akhir
kata, saya mohon saudara tidak menulis dengan menggambarkan jiran saudara ini
suka memprovokasi. Fahami provokasi itu datang dari mana, barangkali dalam diri
saudara sendiri. Saya tahu, segala yang ditulis adalah pendapat peribadi
saudara, tetapi saudara lihat impaknya terhadap pembaca tulisan saudara. Siapa
yang sebenarnya "megaphone'.
Sekian,
pendapat peribadi saya, mewakili kebanyakan warga malaysia yang bertolak ansur
dan menghormati jiran tetangga.
31 Mei
2013
Major Raidenovich <faizalrsd@gmail.com>
|
******
Jagvane / 12 Juni 2013
Catatan:
Thanks atas imelnya, di posting di blog ini sebagai penghormatan atas nilai-nilai yang disampaikan.
|